Khamis, 29 September 2011

Program Jalinan Mesra

Alhamdulillah selesai sudah PROGRAM JALINAN MESRA yang telah diadakan pada hari ini dengan meriahnya...Program ini adalah aktiviti kedua yang telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi JPNIN Daerah Kulim/BB..Pelbagai acara Sukan Spontan telah diadakan.TAHNIAH kepada Kumpulan MESRA kerana telah menjadi Johan Acara Sukan Spontan.

Terima Kasih diucapkan kepada semua AJK Kelab kerana tlh berjaya merancang satu aktiviti yang cukup menarik ini....Terima kasih kepada semua ahli kelab yang sama sama hadir memeriahkan lagi program ini...Terima Kasih juga tidak dilupakan kepada semua pegawai JPNIN Daerah Kulim/B.Baharu yang turut sama memeriahkan program ini...
Ternyata program ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dan kasih sayang antara semua warga JPNIN Daerah Kulim/BB....:)

Ahli  berkumpul mengikut kumpulan...
 Kak Ana selaku pengacara majlis...
 Kak zubaidah selaku pengurus acara memberi taklimat ringkas kpd semua peserta...
 Acara Jalinan Kasih..
 Acara Talian Rindu..
 KUMPULAN RINDU...Diketuai oleh En. Abd. Rani b. Othman
 KUMPULAN MESRA..Diketuai oleh En. Mohd. Noor b. Daud
 KUMPULAN CINTA..Diketuai oleh En. Zulkarny b. Salleh
 KUMPULAN SAYANG...Diketuai oleh En. Shahrizad b. Mohd Dahalan
 KUMPULAN KASIH..Diketuai oleh En. Fazli b. Faisol
 Acara Ciuman Kasih..
 Bersorak gembira...:)
 Acara Jejak Kasih..
 TAHNIAH!! Pemenang Tempat Pertama dan Kumpulan Paling Sporting-KUMPULAN MESRA..:)





 Terima kasih semua..:)